fb fb fb fb fb

Pecah patung kuil, suspek berjaya ditahan polis Perak

Foto Fail

TAIPING, 18 Oktober- Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memecahkan patung di sebuah kuil di Matang, Taiping, hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, penahanan itu turut membawa kepada rampasan dua tukul besi dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut.  

Terdahulu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 9.01 pagi.

Suspek dikatakan bertindak agresif memecahkan patung tersebut selain telah menolak seorang mangsa yang cuba menenangkan suspek ketika kejadian.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif ganja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

(Foto Fail)

Media Baharu