fb fb fb fb fb

Lelaki ada tujuh rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi motosikal

(FOTO PDRM KOTA TINGGI)

KOTA TINGGI, 19 Oktober- Polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun kerana terlibat dalam kes pecah rumah dan curi motosikal di sekitar sini, Johor.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hussin Zamora berkata tangkapan yang dibuat pada Selasa lalu di Felda Sening itu turut berjaya merampas tiga buah tablet, dua buah motosikal dan beberapa bahagian motosikal yang dileraikan.

"Hasil pemeriksaan ke atas barang kes yang ditemui mendapati ia masih dilaporkan hilang, bersabit dengan satu kes pecah rumah dan lima kes curi motosikal di dalam daerah Kota Tinggi.

"Saringan air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamin. Suspek juga memiliki satu rekod jenayah dadah dan enam rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan.

Suspek direman selama enam hari sehingga 23 Oktober bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan. 

Susulan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah dan curi motosikal yang berlaku sepanjang tahun ini.

(FOTO PDRM KOTA TINGGI)

Media Baharu