fb fb fb fb fb

Padah rasuah RM100, pemandu lori didakwa

Foto fail

JOHOR BAHRU, 8 JULAI -Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan memberi rasuah RM100 kepada seorang anggota polis di Jalan Pogoh, Kampung Pogoh, Segamat, Ogos tahun lalu.

Pengakuan tertuduh, P.P Sattiasegar, 45 tahun, dibuat dihadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh secara rasuah memberi suapan wang tunai tersebut kepada seorang anggota polis berpangkat koperal sebagai dorongan untuk melepaskan seorang warga asing yang bekerja sebagai kelindan lori.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fazal Lisam Abidin, mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009, manakala tertuduh diwakili peguam K. Barathi.

Kes disebut semula bagi serahan dokumen pada 20 Ogos ini.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN