fb fb fb fb fb

Padah cabul wanita tempatan, warga asing dicekup

Tangkap layar video tular lelaki warga asing disyaki mencabul seorang wanita di Bayan Lepas, Isnin lalu

GEORGE TOWN, 5 Jun - Seorang pemuda warga asing ditahan kerana dipercayai mencabul wanita tempatan dalam kejadian di Bayan Lepas, Isnin lalu.

Suspek yang berusia 24 tahun itu ditangkap oleh orang awam di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP), Abdul Rozak Muhammad yang mengesahkan kes berkenaan memaklumkan kejadian terbabit berlaku pukul 11.15 malam, di tempat parkir kereta sebuah pangsapuri.

Menurutnya, wanita tempatan berumur 38 tahun yang mendakwa menjadi mangsa telah membuat laporan polis pukul 12.45 tengah malam, Selasa.

Beliau berkata, suspek masih direman bagi membantu siastan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK