fb fb fb fb fb

Ops Tiris 3.0: KPDN Perlis patahkan 99 kes seludup barang kawalan

Pengarah KPDN Negeri Perlis, Rohaida Hassan / Foto RTM

ARAU, 23 Disember-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis berjaya mematahkan 99 kes cubaan menyeludup barangan kawalan rentas sempadan negara menerusi Ops Tiris 3.0 yang dilaksanakan sejak Januari lalu membabitkan nilai rampasan mencecah RM 1.222 juta.

Menurut Pengarah KPDN Negeri Perlis, Rohaida Hassan, rampasan tertinggi melibatkan Petrol RON95 bernilai lebih RM28,000, diikuti gas petroleum cecair (LPG) berjumlah RM24,998.

Selain itu, turut dirampas gula berjumlah RM16,365, minyak masak mencecah RM14,000, diesel sebanyak RM11,773 dan tepung gandum sebanyak RM6,674.

Turut dirampas kenderaan digunakan penyeludup bernilai RM1.058 juta serta pelbagai barangan lain berjumlah RM62, 120.

"Nilai kompaun dan denda sehingga kini adalah RM33,500 dan denda RM14,000", katanya kepada media pada sesi Temu Mesra Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pasaraya di sini bagi meninjau keberadaan bekalan barangan keperluan disamping melihat aspek pematuhan oleh peniaga.

Jelasnya, KPDN terus komited melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan Ops Tiris 3.0 susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD