fb fb fb fb fb

16 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Pacific Siva'

FOTO RTM

BUTTERWORTH, 23 Disember- Seramai 16 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Pacific Siva sejak lapan tahun lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara bersama dalam Bahasa Tamil dihadapan Hakim Nor Azah Kasran, berikutan kes tersebut bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, 14 daripada tertuduh yang berusia antara 23 hingga 44 tahun didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2016 hingga 26 November 2024.

Dua lagi tertuduh berusia 32 dan 44 tahun didakwa terlibat antara Februari 2019 hingga 26 November 2024.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574); Jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan dan Lina Hanini Ismail.

Manakala seramai 13 tertuduh diwakili peguam masing-masing. Mereka tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi melengkapkan dokumen untuk pemindahan prosiding ke Mahkamah Tinggi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE