JOHOR BAHRU, 27 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 235 notis kesalahan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan, menerusi Ops Bersepadu Khas Tahun Baharu Cina 2025 di Plaza Tol Senai, Kulai, semalam.
Menerusi kenyataan JPJ Johor, operasi dijalankan bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Antara kesalahan dikesan, 40 kesalahan pelesenan memandu, 57 kesalahan pelesenan kenderaan dan 30 kesalahan teknikal.
Operasi tersebut memeriksa 415 kenderaan, secara keseluruhan.
Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.