fb fb fb fb fb

Ops Ambang Tahun Baharu : 21 termasuk 9 pemandu mabuk ditahan di Johor

FOTO POLIS JOHOR

JOHOR BAHRU, 2 Januari- Seramai 21 lelaki ditahan polis atas pelbagai kesalahan, menerusi Ops Ambang Tahun Baharu 2025 di beberapa lokasi panas sekitar Johor, antara 31 Disember hingga 5 pagi, semalam.

Tangkapan melibatkan 11 samseng jalanan, sembilan pemandu bawah pengaruh alkohol dan seorang individu kes dadah waran tangkap, berusia antara 18 hingga 53 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar berkata, sebanyak 451 saman turut dikeluarkan dan 72 buah kenderaan disita, dalam operasi tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE