fb fb fb fb fb

Polis Johor rampas dadah RM2.4 juta,cekup sepasang kekasih

Sepasang kekasih ditahan di sekitar Iskandar Puteri dan Johor Bahru pada 28 Disember lalu dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 14 kilogram bernilai RM2.4 juta

JOHOR BAHRU, 1 Januari- Sepasang kekasih ditahan polis dalam dua operasi di sekitar Iskandar Puteri dan Johor Bahru pada 28 Disember lalu dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 14 kilogram bernilai RM2.4 juta.

Kedua-dua suspek berumur 31 dan 33 tahun itu dipercayai aktif mengedar dadah sejak Oktober tahun lalu dengan menjadikan kenderaan sebagai stor penyimpanan sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Ketua Polis Johor Komisioner Polis (CP) Datuk M.Kumar berkata ketika operasi dilakukan di parkir kawasan terbabit, kedua-dua suspek berada dalam kenderaan tersebut ketika hendak mengedar dadah.

"Hasil saringan mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan mempunyai rekod berkaitan dadah.

"Dadah berkenaan sekiranya terlepas ke pasaran boleh digunakan seramai 72,195 penagih," kata M Kumar.

Suspek direman selama tujuh hari hingga Jumaat bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI