fb fb fb fb fb

Op Tapis: Polis tahan lelaki disyaki pengedar dadah

Foto RTM

GEORGETOWN,10 Jun- Seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan kegiatan mengedar dadah berjaya diberkas menerusi Op Tapis.

Suspek yang berusia 24 tahun itu ditahan di bawah sebuah pangsapuri dekat Paya Terubong.

Ketua Polis daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata, hasil tangkapan, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis dadah antaranya 2,383 gram dadah dipercayai jenis MDMA yang diletakkan di dalam 121 paket plastik lutsinar, 12.16 gram dadah jenis Ketamin dan dua biji pil Eramin 5.

Siasatan turut mendapati dadah terbabit untuk pasaran tempatan.

Turut disita sebuah kereta yang bernilai kira-kira RM75,000.

"Risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah ini telah bergiat sejak awal April 2024 untuk pasaran tempatan sahaja jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 605 orang atau pun 605 kali penggunaan", katanya di sini.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan dianggarkan lebih RM4,75000.

Razlam turut memaklumkan suspek didapati positif dadah dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD