fb fb fb fb fb

Didakwa meminta dan terima rasuah RM7 juta, dua ahli perniagaan mengaku tidak bersalah

Ahli perniagaan, Chan Eng Leong dan Tan Kok Siang masing-masing berdepan 10 pertuduhan meminta dan menerima rasuah hampir RM7 juta bagi membantu menyelesaikan masalah duti eksais dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada September 2019/Foto BERNAMA

BUTTERWORTH, 10 Jun-Dua ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah hampir RM7 juta bagi menyelesaikan kes eksais duti dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengakuan tidak bersalah itu dibuat oleh tertuduh, Chan Eng Leong dan Tan Kok Siang di hadapan hadapan Hakim, Zulhazmi Abdullah di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh secara rasuah telah meminta daripada Pengarah syarikat GTM Land & Property Sdn. Bhd., Goh Choon Kim suapan berjumlah RM6,675,150.

Suapan berkenaan diminta dalam bentuk tunai dan cek bagi menyelesaikan masalah duit eksais daripada JKDM bernilai RM108 juta yang dihadapi GTM Land & Property Sdn Bhd.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Bukit Mertajam, pada 12 September 2019 dan sebuah bank di pasaraya di Bayan Lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan  bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Wirna Ariffin  Muhammad Taufik Awaludin dan Mohd Syahzada Azad Sanusi manakala tertduh diwakili peguam, RSN Rayer.

Mahkamah menetapkan 2 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD