fb fb fb fb fb

Op Tapis: Lelaki dicekup bersama dadah, ketum

Suspek kini disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952/Foto Facebook Jeli

KOTA BAHRU, 13 Mei - Seorang lelaki ditahan bersama dadah dan bahan larangan lain dalam satu operasi narkotik yang dijalankan di sekitar kawasan bandar Jeli, semalam.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) berkata, operasi yang dijalankan menerusi Op Tapis itu turut membawa kepada rampasan beberapa bahan dipercayai dadah jenis pil yaba, cecair disyaki air ketum, bungkusan daun ketum serta sebuah motosikal.

"Susulan penahanan itu, dua kertas siasatan telah dibuka atas kesalahan berkaitan pemilikan dan penyalahgunaan bahan larangan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Suspek kini disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

Polis dalam kenyataan turut menegaskan komitmen pasukan itu dalam usaha memerangi penagihan dan pengedaran dadah serta bahan larangan.

Ini sejajar dengan sasaran menjadikan daerah ini sebagai kawasan sifar dadah.

GRACE AISYAH KEDAYAN