fb fb fb fb fb

Op Tapis: 340 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah

(FOTO RTM)

JOHOR BAHARU, 14 Oktober- 340 individu ditahan menerusi Op Tapis Khas di seluruh Johor, sejak Selasa hingga Khamis lalu.

Kesemua suspek ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 243 orang penagih, 74 individu memiliki dadah dan 23 kes bekalan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, 28 suspek berstatus orang dikehendaki turut ditahan.

Dalam serbuan yang dilakukan, pihak polis berjaya merampas 167 gram dadah jenis syabu, 60 gram ganja, sebiji pil erimin 5, 5,500 gram daun ketum dan 10.80 liter air ketum bernilai RM25,908.

Kamarul Zaman turut berkata nilai rampasan keseluruhan termasuk sitaan tujuh kenderaan dan wang tunai bernilai RM82,980.




(FOTO RTM)

Media Baharu