fb fb fb fb fb

Disyaki dera kanak-kanak sehingga maut, tiga sekeluarga ditahan

(FOTO FAIL)

BAGAN SERAI, 14 Oktober - Sepasang suami isteri warga emas dan anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, disyaki didera.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendent Juna Yusoff berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada Klinik Kesihatan Bagan Serai pada Jumaat berhubung seorang kanak-kanak lelaki yang telah meninggal dunia dan terdapat kesan lebam serta luka melecur di badan.

(FOTO HIASAN)

"Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian adalah pendarahan teruk di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

"Selain terdapat kecederaan pada seluruh badan serta luka melecur dipercayai berpunca daripada objek panas dan kecederaan pada lubang dubur mangsa," katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, mangsa sebelum itu dihantar ke klinik berkenaan oleh pasangan berkenaan selepas tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan.

"Kanak-kanak itu adalah anak jiran pasangan terbabit yang diasuh sementara oleh anak lelakinya yang berusia 26 tahun," katanya.

Media Baharu