KUALA LUMPUR, 26 Januari- Sebanyak 1,106 kenderaan diperiksa dengan 124 daripadanya telah dikenakan tindakan ketika pelaksaan Op Sepadu Tahun Baru Cina oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di ibu negara, malam tadi.
Operasi bersepadu bermula pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam di Jalan Raja Laut itu menyaksikan lapan motosikal termasuk sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tiga kereta disita.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata kesalahan terbanyak dikesan ialah tiada lesen memandu iaitu sebanyak 103 kes, diikuti tiada cukai jalan (70), tiada insurans (58), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (18), ubahsuai kenderaan (1) dan tiada cermin sisi (1), dengan 253 notis telah dikeluarkan.
"Saya juga untuk menyeru kepada semua pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang dan peraturannya telah ditetapkan keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan risiko kemalangan serta inilah yang kita nak berlebih bersikap toleransi semasa di jalan rays," katanya.
Tambah beliau operasi malam ini menyahut seruan kerajaan melalui kempen keselamatan jalan raya dengan tema pandu cermat jiwa, sampai selamat, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya semasa musim perayaan yang akan tiba minggu hadapan.
Operasi berkenaan turut disertai agensi penguatkuasa lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) jumlah keseluruhan petugas seramai 73 orang.