fb fb fb fb fb

Op Sapu cekup 49 PATI

FOTO JIM JOHOR

JOHOR BAHRU, 14 Disember - Seramai 49 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dicekup Jabatan Imigresen Negeri Johor, menerusi Op Sapu di 16 premis rumah kedai dan kediaman sekitar Johor Bahru, awal pagi semalam.

Menurut Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 49 tahun.

"Mereka terdiri daripada PATI warga Indonesia, Myanmar, Pakistan serta Bangladesh.
 
"Siasatan mendapati semua PATI tidak memiliki dokumen perjalanan sah, selain tinggal melebihi masa dibenarkan," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, kesemua PATI itu ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika Johor Bahru dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.
 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM