fb fb fb fb fb

Nafi guru, sekolah lindung pembuli Allahyarham Zara - Saksi

Foto Fail

KOTA KINABALU, 18 September- Saksi kelapan, Azhari Abd Sagap menangis teresak-esak ketika menafikan dakwaan guru dan pihak sekolah melindungi pembuli atau pembunuh Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Azhari, yang juga ustaz di sekolah berkenaan, menegaskan tuduhan yang tular di media sosial adalah fitnah dan telah mengundang kecaman terhadap dirinya serta keluarga.

Beliau turut mempertahankan pelajar yang menemukan mayat Zara, menjelaskan bahawa pelajar tersebut ialah seorang murid baik dan peserta hafazan.

Namun, dia difitnah dan diviralkan gambarnya.

Tambah Azhari, seorang lagi pelajar yang dituduh sebagai ‘tomboi’ sebenarnya berada di Perlis mengikuti program sekolah ketika kejadian.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui isu buli selepas melihat video TikTok ibu Zara yang tular.

Selain itu, Azhari juga mempersoalkan ketiadaan aduan rasmi dibuat sejak awal, jika benar insiden buli telah berlaku sejak Mei lalu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM