fb fb fb fb fb

Lelaki positif dadah ditahan bakar rumah bapa

Foto/RTM

MUAR, 18 September – Polis menahan seorang lelaki dipercayai membakar rumah milik bapanya di Kampung Tengah, Jalan Bakri, di sini, semalam.

Suspek berusia 32 tahun itu juga disyaki mengalami masalah mental dan didapati positif dadah.

Dia kini sedang dirawat di Hospital Muar akibat kecederaan ringan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi, sebuah rumah dan sebuah kereta musnah terbakar dengan anggaran kerugian antara RM100,000 hingga RM150,000.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, bapa suspek berusia 70 tahun turut cedera selepas dipukul anaknya.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 dan 324 Kanun Keseksaan.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI