fb fb fb fb fb

Minta sogokan: Penguat kuasa ditahan reman lima hari

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 6 Februari-Seorang pegawai penguat kuasa ditahan reman dipercayai meminta rasuah daripada seorang wanita.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Suspek direman selama lima hari sehingga 10 Februari depan.

Suspek dipercayai meminta rasuah dari wanita tersebut sebagai balasan untuk tidak meneruskan pertuduhan jenayah mengikut kanun keseksaan yang dihadapi wanita berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid mengesahkan penahanan suspek.

kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD