fb fb fb fb fb

Minta rasuah sebagai balasan selesaikan kes curi, anggota badan beruniform dan pemandu lori direman

Kedua-dua tertuduh diiringi pegawai SPRM ketika berada di Mahkamah Majistret George Town

GEORGE TOWN, 26 Julai- Mahkamah Majistret George Town hari ini membenarkan perintah reman selama dua hari terhadap seorang anggota badan beruniform dan empat hari terhadap seorang pemandu lori bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah untuk menyelesaikan satu kes kecurian.

Majistret Mohamad Azlan Basri membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bermula hari ini.

Kedua-dua suspek berusia sekitar 30-an itu ditahan kira-kira pukul 10 malam hingga 12 tengah malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

Difahamkan, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bersubahat meminta dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM10,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk menyelesaikan satu kes kecurian membabitkan tunangnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Haji Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE