BATU PAHAT, 25 September - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui di dalam sebuah kereta yang terbakar, di pantai Sungai Lurus, di sini kira-kira pukul 5.30 petang semalam.
Menurut kenyataan media Ketua Polis daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, identiti sebenar mayat mangsa akan disahkan selepas Ujian DNA.
Polis menerima laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Rengit, mengenai kejadian kereta terbakar di lokasi berkenaan, dengan mangsa berada di dalam kenderaan tersebut.
Siasatan awal mendapati mayat merupakan lelaki berusia 72 tahun.
Polis mengklasifikasikan sebagai Siasatan Mati Mengejut, namun orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran.