KLANG, 25 September - Seramai 662 warga asing ditahan Imigresen Selangor atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang dijalankan malam tadi di Taman Industri Pulau Indah, dekat sini.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Selangor (JIM), Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, kesemua yang ditahan berumur di antara 16 tahun hingga 80 tahun.
Ia melibatkan warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Nepal dan Pakistan.
"Daripada jumlah yang diperiksa, kita dapati ada yang tinggal lebih masa, ada yang langsung tiada dokumen, dan ada juga yang menyalahgunakan pas lawatan sosial.
"Kesemua yang ditahan akan dibawa ke pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63." katanya.