ASAJAYA, 31 Disember-Mayat seorang lelaki tidak dikenali ditemui penduduk kampung terapung di perairan muara Sampun, di sini tengah hari tadi.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Mohamad Meramit, mayat yang belum dikenalpasti identitinya itu ditemui oleh penduduk kampung pada pukul 12.23 tengahari sebelum membuat laporan polis.
Pihak bomba terpaksa dipanggil bagi membawa mayat keluar berikutan lokasinya yang terletak di kawasan berlumpur dan tidak dapat dilalui bot.
Sewaktu ditemui, mayat ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan patah kaki.
Mayat mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan terbabit pada pukul 2.15 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.