KUALA KANGSAR, 22 Disember-Satu mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Heisham Harun berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat tersebut oleh orang kampung pada pukul 11.00 pagi tadi.
Identiti mangsa tidak dapat dipastikan kerana tiada pengenalan diri ditemui pada mayat.
Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa tiada menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal yang boleh menjurus kepada unsur jenayah.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk tujuan bedah siasat.