fb fb fb fb fb

Isteri CEO GISBH dan ahli kumpulan hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang

Foto RTM

SELAYANG, 23 Disember - Isteri kepada Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Datin Azura Md Yusof dan beberapa individu wanita yang merupakan ahli kumpulan itu tiba di Mahkamah Sesyen Selayang sekitar pukul 9.40 pagi tadi.

Kesemua tertuduh hadir dengan menaiki trak polis bagi sebutan semula kes mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Pada Oktober lalu, Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin bersama-sama 21 individu lain terdiri daripada 12 lelaki dan sembilan wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, Kuala Lumpur atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH sejak 2020 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

TETITIA YUSOFF