fb fb fb fb fb

Maritim Perak rampas 32 set bubu naga

Kesemua bubu naga itu dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. 

LUMUT, 21 Disember- Sebanyak 32 set bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak di kedudukan 4.6 batu nautika barat daya Pulau Talang, Perak petang semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, kesemua bubu berkenaan dikesan oleh bot ronda Maritim ketika dalam rutin rondaan menerusi Op Sayong, Op Pintas, Op Tanjung dan Op Tiris di perairan Perak. 

Hasil tinjauan mendapati pihaknya mengesan pelampung yang diikat pada pancang kayu yang mencurigakan di permukaan air digunakan sebagai penanda lokasi bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga itu dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(C) Akta Perikanan 1985.

ZEHRA BINTI ZAMBRI