fb fb fb fb fb

Mahkamah Rayuan kekal keputusan pembebasan Samirah

Pada 21 Jun 2022 Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Samirah, 49 yang juga balu Nazrin dan dua lagi remaja masing-masing kini berusia 21 dan 18 daripada pertuduhan membunuh Nazrin

KUALA LUMPUR, 8 Februari - Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja lelaki enam tahun lepas dalam pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan .

Tiga panel hakim diketuai Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam .

Dua lagi hakim di dalam panel itu ialah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Peguam bela Samirah dan dua remaja itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula berkata kematian Nazrin adalah tragis dan bukan pembunuhan

Peguam itu menegaskan, pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bukti yang boleh dipercayai, apatah lagi keterangan mengikut keadaan yang membawa kepada kesimpulan bahawa tertuduh melakukan pembunuhan.

Pada 21 Jun 2022 Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Samirah, 49 yang juga balu Nazrin dan dua lagi remaja masing-masing kini berusia 21 dan 18 daripada pertuduhan membunuh Nazrin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membukitikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga mereka .

Ketiga-tiga mereka dan seorang wanita rakyat Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas didakwa membunuh Nazrin, 45, di kediamannya di Mutiara Damansara antara pukul 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga 4.00 pagi hari berikutnya.

TETITIA YUSOFF