fb fb fb fb fb

Mahkamah benarkan ikat jamin 8 wanita kes GISBH

FOTO FAIL BERNAMA

SHAH ALAM, 24 Mac- Mahkamah Tinggi Shah Alam yang bersidang di Kompleks Penjara Kajang hari ini memutuskan bahawa semua tertuduh wanita dalam kes 21 ahli GISBH dibenarkan diikat jamin sebanyak RM40,000 setiap seorang.

Kesemua lapan wanita terbabit iaitu isteri Nasiruddin Azura Md Yusof, 58; Nurul Jannah Idris, 29; Nur Jannah Omar, 33; Siti Salmiah Ismail, 58; Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, 45; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; dan Mahani Kasim, 55.

Bagaimanapun, tertuduh lelaki tidak dibenarkan jaminan dan akan terus ditahan sehingga perbicaraan selesai.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE