fb fb fb fb fb

Ismail Sabri selesai beri keterangan kepada SPRM

FOTO RTM

PUTRAJAYA, 24 Mac- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM pukul 9.54 pagi dan proses merakam keterangan berlangsung kira-kira lima jam sebelum dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada 3.05 petang tadi

Ini merupakan hari keenam bekas perdana menteri kesembilan itu hadir ke ibu pejabat SPRM bagi diambil keterangannya.

Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE