KOTA KINABALU, 20 Ogos - Lima remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina Mahathir, bulan lalu.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elsie Primus sebelum kesemua tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah.
Berdasarkan pertuduhan, kelima-lima tertuduh mencapai niat bersama dengan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina di sebuah sekolah di Papar pada pukul 10 hingga 11 malam, 15 Julai 2025.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, memaklumkan mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan deposit RM1,000 bersama seorang penjamin tempatan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 507C(1) Kanun keseksaan.
Sabit kesalahan, hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah menetapkan 25 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu, Nor Azizah memberitahu, Peguam Bela Tertuduh memohon Perintah Larangan - Gagged Order.