fb fb fb fb fb

Lima lelaki ditahan kes gaduh depan restoran

Penahanan dibuat susulan laporan polis diterima berhubung video tular aksi pergaduhan di premis berkenaan.

JOHOR BAHRU, 18 Januari- Lima lelaki ditahan di empat lokasi berbeza sekitar bandar raya ini dipercayai terlibat pergaduhan di hadapan sebuah restoran Bandar Baru Permas Jaya, Masai, 15 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, penahanan dibuat susulan laporan polis diterima berhubung video tular aksi pergaduhan di premis berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati, punca kejadian disebabkan perselisihan faham.

Semakan rekod lampau menunjukkan, seorang daripada suspek mempunyai dua rekod kes dadah dan satu kes jenayah. 

Turut dirampas, dua buah telefon bimbit dan dua batang kayu rotan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian, boleh menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan. 

ZEHRA BINTI ZAMBRI