
ROME, 16 Ogos – Pope Leo XIV menggesa keganasan berterusan terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki segera dihentikan.
- Penduduk kampung Qusra dikepung peneroka haram; bekalan air dan elektrik diputus, kediaman disekat.
- Paus menggesa komuniti antarabangsa bertindak untuk membolehkan penyelesaian dua negara demi keadilan dan keamanan.
- Keganasan peneroka Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan.
- Kerajaan Israel kanan menyelia pembinaan penempatan besar-besaran yang dianggap mengancam usaha penubuhan negara Palestin.
Gesaan dibuat susulan penduduk di kampung Qusra dilaporkan berdepan kepungan selepas peneroka haram Israel memutuskan bekalan air dan elektrik serta mengepung kediaman penduduk.
“Saya mengulangi gesaan saya upaya keganasan berulang terhadap penduduk awam Palestin di Tebing Barat dihentikan.
“Saya turut menggesa komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan bagi membolehkan penyelesaian dua negara demi keadilan dan keamanan yang berkekalan,” tegasnya.
Keganasan pendatang haram Israel ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat semakin meningkat dalam tempoh beberapa tahun ini.
Vatican sejak sekian lama menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merangkumi Semenanjung Gaza dan Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur.
Lebih 150 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Kerajaan campuran berhaluan kanan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula menyelia pembinaan penempatan Israel secara besar-besaran di Tebing Barat.
Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, sebelum ini berkata usaha itu bertujuan menguburkan idea penubuhan sebuah negara Palestin.- REUTERS