fb fb fb fb fb

Lima lelaki ditahan, disyaki rogol seorang remaja

Foto hiasan

BATU GAJAH, 24 Oktober- Pihak polis menahan lima individu kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur secara berkumpulan pada Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak Deputi Komisioner (DCP) Zulkafli Sariaat berkata, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 27 tahun yang juga merupakan teman lelaki mangsa ditahan, pada Selasa.

Penahanan kesemua suspek dibuat susulan laporan dibuat ibu mangsa mengenai kejadian rogol menimpa anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian rogol itu berlaku kira-kira pukul 10.22 malam di sebuah asrama di sekitar Batu Gajah.

Namun semakan rekod mendapati dua daripada suspek mempunyai kesalahan jenayah lampau dan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun permohonan reman ke atas semua suspek dibenarkan selama enam hari hingga 28 Oktober depan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI