fb fb fb fb fb

Lima individu direman kes tuntutan palsu RM400,000

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Segamat pagi tadi

SEGAMAT, 10 September- Mahkamah Majistret di sini membenarkan reman enam hari terhadap lima individu kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM400,000 dua tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Rahimah Abd Majid, pagi tadi.

Kelima-lima mereka termasuk tiga penjawat awam, dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu, membabitkan tuntutan bayaran bekalan lembu betina kepada dua badan berkanun di Johor.
 
Semua mereka berusia antara 30 hingga 60 tahun, ditahan secara berasingan, semalam.
 
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Hairuzam Mohmad Amin dalam kenyataan mengesahkan perkara itu.

Kes disiasat mengikut seksyen 18 Akta SPRM 2009.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN