fb fb fb fb fb

Lelaki tempatan dan wanita Vietnam didakwa atas pertuduhan edar dadah

FOTO FAIL

KLUANG, 14 November - Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang, Johor hari ini atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya pada 3 November lalu.

Tertuduh Lee Cia Ceh, 32 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Bagaimanapun seorang lagi tertuduh warga Vietnam Nguyen Thi Kim Van, 28 tahun tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati bersama-sama mengedar dadah berbahaya disyaki jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat kesar 1.4738 kilogram di Taman Tasik Indah, Kluang, 3 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama, dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurfara Fazilun Izylin Ahmad.

Mahkamah menetapkan 26 November untuk pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa Vietnam.

9 Januari tahun hadapan ditetapkan sebagai sebutan semula kes serta serahan dokumen dan laporan kimia.

TETITIA YUSOFF