fb fb fb fb fb

Lelaki tempatan bersama dadah lebih RM1 juta, ditahan

Datuk M. Kumar/ Foto Facebook Polis Johor

JOHOR BAHRU, 28 Mei- Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan bersama sejumlah dadah bernilai lebih RM1.07 juta dalam operasi di daerah Pontian, Johor, pada 21 Mei lalu.

Operasi antara pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam itu, turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah, dianggarkan seberat 6.46 kilogram.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, suspek warga tempatan itu mempunyai rekod lampau berkaitan narkotik, dan turut disahkan positif dadah jenis syabu.

"Rumah teres ini digunakan sebagai tempat simpanan dan pengedaran. Kita masih mencari ahli sindiket lain dalam kumpulan ini. Kita percaya ada lagi ahli yang terlibat dalam kumpulan ini dan aktif sejak Mac 2025," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini.

Dalam operasi itu wang tunai bernilai RM600 turut disita.

Suspek direman sehingga 2 Jun depan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI