fb fb fb fb fb

Lelaki Singapura didakwa edar, miliki dadah di Johor Bahru

Tertuduh, Tan Ban Choon, 48 tahun diiringi polis ketika tiba di mahkamah

JOHOR BAHRU, 6 Mei- Seorang lelaki warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas lima pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di Danga Bay, Johor Bahru, dua minggu lalu.

Tertuduh, Tan Ban Choon, 48 tahun, mengangguk faham selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Khalid Ab. Karim.

Mengikut pertuduhan pertama, Tan didakwa mengedar dadah berbahaya jenis serbuk MDMA seberat 10.024 kilogram di sebuah rumah di Danga Bay pada 23 April lalu, kira-kira jam 10 malam.

Dia turut berdepan empat lagi pertuduhan memiliki 44 gram kanabis, enam gram MDMA, 31.30 gram ketamin dan sembilan gram heroin di lokasi sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE