KUALA LUMPUR, 6 Mei- Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga merampas 350,000 batang rokok putih bernilai kira-kira RM693,000 yang dipercayai diseludup dalam operasi khas di pesisir Sungai Mak Neralang, Kok Keli, semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Zulafendy Hassan berkata rampasan dilakukan ketika sepasukan anggota dari Markas Operasi Pengkalan Kubor melaksanakan Op Taring Landai/Op Khas Kontraban Siri 55/2025 kira-kira pukul 1.30 pagi.
“Pasukan mengesan beberapa individu dalam keadaan mencurigakan di pesisir sungai tersebut dan segera menuju ke lokasi, namun suspek berjaya melarikan diri.
“Hasil pemeriksaan menemukan beberapa timbunan plastik hitam berisi karton rokok putih yang tidak mempunyai permit import sah.
“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM693,000 dan dipercayai dibawa masuk untuk pasaran tempatan tanpa kelulusan pihak berkuasa,” katanya.
Zulafendy berkata semua barang rampasan telah dibawa ke Markas Operasi Pengkalan Kubor dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.
Beliau menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan penguatkuasaan bagi membanteras jenayah rentas sempadan yang memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi 09-5137726 atau e-mel ke