fb fb fb fb fb

Lelaki Myanmar ditahan, disyaki bunuh teman wanita di Ipoh

Foto hiasan

IPOH, 30 September- Seorang lelaki warga Myanmar ditahan selepas disyaki membunuh teman wanitanya di Kuala Kuang, Chemor, di sini, tengah hari semalam.

Mangsa yang juga warga Myanmar ditemui meninggal di sebuah rumah teres satu tingkat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menerusi kenyataan berkata, maklumat awal mengenai kejadian diterima Balai Polis Kuala Kuang pada pukul 12.30 tengah hari.

"Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 3.50 petang oleh pasukan perubatan dan pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan cekik pada bahagian leher," menurut kenyataan itu.

Bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan kematian berpunca daripada kecederaan leher akibat dicekik.

Suspek kini direman lima hari sehingga 4 Oktober bagi membantu siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN