fb fb fb fb fb

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol kenalan wanita

Foto Fail

GEORGE TOWN, 8 Oktober- Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang atas kesalahan merogol kenalan wanitanya di sebuah hotel.

Tertuduh, David Lau Heng Seng, 25 tahun, membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Menurut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah merogol seorang wanita berusia 24 tahun pada 5 Oktober, kira-kira pukul 12.15 tengah malam, di sebuah hotel.

Mangsa merupakan kenalan tertuduh yang berasal dari Kuala Lumpur, datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jung Keong manakala tertuduh diwakili Peguam, Teh See Khoon dan K.Sagana.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan sebatan. 

Mahkamah menetapkan wang jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh tidak dibenarkan menganggu mangsa dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 November ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM