fb fb fb fb fb

Lelaki ditahan berkelakuan tidak senonoh di Kluang

FOTO IPD KLUANG

KLUANG, 18 Julai – Seorang lelaki ditahan di tepi Jalan Besar Mersing, Kluang petang semalam selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh di hadapan sebuah pasaraya pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Bahrin Mohd Noh berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada orang awam berhubung satu video tular di media sosial.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 55 tahun itu mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Kes kini disiasatmengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau di tempat awam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE