fb fb fb fb fb

Lelaki didakwa lakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 3 Oktober - Seorang kerani syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya dua tahun lalu.

Pengakuan dibuat tertuduh berusia 45 tahun itu di hadapan Hakim Madihah Zainol.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit yang mempunyai hubungan amanah sebagai bapa tiri dengan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ketika kejadian didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang juga seorang autistik.

Perbuatan itu dilakukan di Kampung Parit Patah, Pontian, pukul 12.30 tengah hari, 19 Jun 2023.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 6 November depan.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN