fb fb fb fb fb

15 pendatang tanpa izin ditahan

Foto JIM Labuan

LABUAN, 3 Oktober - 15 Pendatang Tanpa Izin ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Labuan awal pagi tadi menerusi operasi penguatkuasaan jabatan itu di pulau berkenaan.

Pengarah JIM Labuan, Raymond Entalai dalam kenyataan memaklumkan kesemua yang ditahan terdiri daripada 14 warga Filipina dan seorang warga Indonesia, masing-masing berumur antara satu hingga 39 tahun.

"Mereka ditahan kerana disyaki melanggar kesalahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan satu notis saman turut dikeluarkan kepada saksi," jelasnya.
 
Kesemua individu terbabit telah dibawa ke pejabat JIM Labuan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.
 
Beliau berkata operasi itu hasil maklumat dan risikan yang dijalankan oleh Unit Aduan Risikan dan Operasi Bahagian Penguatkuasan JIM Labuan.
 
Pihaknya telah memeriksa 38 individu dalam operasi tersebut.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN