fb fb fb fb fb

KPDN Kelantan kesan 96 stor haram sepanjang Sungai Golok

96 stor haram itu dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan.

TUMPAT, 15 Disember - 96 stor haram yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan dikesan sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata kesemua stor itu terletak di tebing sungai antara Pengkalan Kubor, Tumpat hingga ke Jeli.

Beliau berkata kebanyakannya dibina di tanah persendirian dan menjadi pusat transit penyimpanan barang kawalan sebelum diseludup ke negara jiran.

"Bila kita menggeledah di beberapa stor haram ini, modus operandinya sama, mereka buat pengisian di stesen minyak menggunakan kenderaan, selepas itu mereka pergi ke pengkalan haram dan mengosongkan tangki di pengkalan haram," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Ops Bersepadu Bersama Agensi Penguatkuasa Kelantan di Pengkalan Kubor, di sini.
 
Tambah Azman, dalam Ops Bersepadu yang dijalankan bersama 14 agensi bermula 12 Disember lalu, sebanyak 84 kes direkodkan membabitkan nilai rampasan berjumlah hampir RM50,000 dan sembilan tangkapan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN