fb fb fb fb fb

Imigresen Johor tahan 47 warga asing tiada permit kerja sah

FOTO IMIGRESEN JOHOR

JOHOR BAHRU, 15 Disember- Seramai 47 warga asing diberkas Imigresen Johor menerusi Ops Mahir di kawasan kilang, Kluang, Johor, kira-kira 10.30 pagi semalam.

Pengarahnya, Baharuddin Tahar berkata, tindakan diambil susulan aduan awam diterima menyatakan premis berkenaan menggajikan warga asing dan disyaki tidak mempunyai pas atau permit kerja yang sah.

Ketika pemeriksaan, kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) serta melanggar syarat pas ditetapkan.

Mereka yang ditahan berusia 22 hingga 56 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE