BUTTERWORTH, 15 Disember - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah selepas di hadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan merompak warga Flipina.
Tertuduh, B. Mugilan, 26 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak beg milik mangsa di Taman Perindustrian Industri Kecil Sederhana (IKS) Simpang Empat, Nibong Tebal, 29 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala Tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Januari depan bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.