fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

KKD kenal pasti syarikat permainan video antarabangsa berpotensi

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Beberapa syarikat permainan video antarabangsa berpotensi untuk bertapak di negara ini akan dikenal pasti, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai ‘Gaming Hub’ di rantau Asia Tenggara.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata peruntukan RM30 juta untuk mempromosi Malaysia sebagai hab pembangunan industri e-sukan diharap mempercepatkan proses syarikat permainan video Korea Selatan, NX3 Games yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk melebarkan sayapnya ke negara ini, tahun depan.

"Ini sudah pasti akan menjadi 'game-changer' kerana bagi KKD khususnya Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), kita lihat pulangan syarikat permainan ini kepada negara, adalah besar dan ia jangka masa panjang.

"Saya percaya dengan inisiatif ini, lagi banyak syarikat antarabangsa dapat bertapak di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini.

(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil)

Semalam ketika membentangkan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia dalam pembangunan produk digital mereka bersama-sama bakat tempatan.