BUKIT MERTAJAM, 7 Februari- Seramai 11 warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah kilang haram yang memproses bahan buangan eletrik dan elektronik (e-waste) di Machang Bubok pada Khamis.
Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Shahrum Hashim berkata kegiatan dikesan, hasil risikan dua minggu menggunakan dron di premis yang terletak dalam kebun kelapa sawit.
Jelas Shahrum, kilang terbabit di percayai dimiliki oleh pemilik tempatan, namun diuruskan oleh warga China bagi tujuan operasi.
"Semakan mendapati kilang tersebut meleraikan ataupun menghancurkan sisa-sisa berjadual sebelum di dan diasingkan dimasukkan di dalam Polibag. Selepas itu mungkin akan dihantar ke tempat lain untuk proses selanjutnya.
"Semakan turut mendapati kenapa sisa-sisa barangan berkenaan berbahaya kepada keselamatan terutamanya ketika hari hujan dan mencemarkan kawasan sekitar", jelasnya.
Ke semua warga asing itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen. Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM21.83 juta.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang Norazizi Adinan berkata, persampelan rasmi yang dijalankan Jabatan Kimia mendapati, buangan terbabit dikategorikan sebagai bahan buangan berjadual dan debu atau dross yang mengandungi logam berat.
"Barang barang yang dirampas ini kita akan sita dan bawa ke stor sitaan kita di Gopeng sehingga kes ini selesai.
"Setakat ini di Pulau Pinang, ini yang terbesar dan kita mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang banyak membantu jabatan untuk membuat risikan lokasi lokasi kilang kilang haram terutamanya di Pulau Pinang", katanya di sini.