fb fb fb fb fb

Kes SRC: Hanya tandatangan kelulusan atas cadangan BOD - Najib

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Datuk Seri Najib Razak, menegaskan beliau hanya meluluskan dan tiada kaitan dengan RM3.95 bilion penggunaan pembiayaan daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Jelasnya lagi, beliau hanya menandatangani kelulusan berdasarkan cadangan Lembaga Pengarah (BOD) syarikat terbabit.

Datuk Sri Najib juga yakin dan percaya kepada BOD SRC akan membuat keputusan yang baik demi kepentingan terbaik syarikat.

Bagi permohonan pinjaman RM2 juta pula telah menjadi tanggungjawab bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Faisal Ariff Kamil membentangkan pelaburan yang dijangka akan dilakukan oleh SRC untuk mewajarkan permintaan pinjaman tersebut dan bukan daripada arahannya.

Walaupun diasak oleh peguam mewakili SRC, P Gananathan , Datuk Seri Najib tidak bersetuju ke atas pertanyaan penggunaan kesemua dana tersebut tidak dapat dilakukan tanpa tandatangan dan kelulusan daripadanya .

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung esok.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE