fb fb fb fb fb

Kes samun Semenyih: 4 lelaki menyamar polis ditahan

Datuk Seri Hussein Omar Khan menerangkan kepada media berhubung tangkapan empat lelaki menyamar sebagai polis yang terlibat dalam kes samun di Semenyih

SEPANG, 27 Mei- Empat lelaki disyaki menyamar sebagai anggota polis diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun di sebuah rumah di Semenyih, awal bulan ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Hussein Omar Khan, berkata kesemua suspek berusia 33 hingga 38 tahun itu ditahan dalam operasi di empat lokasi berasingan, iaitu Dengkil, Bukit Puchong, Bukit Raja dan Klang.

“Dalam operasi ini, polis merampas sebuah kereta berwarna kuning, tiga telefon bimbit dan beberapa helai pakaian yang digunakan suspek ketika melakukan samun,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan taktik suspek yang menyamar memakai jaket polis bagi memperdaya mangsa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE